Tragedi Mekah, Al-Aqsa diserang: Minggu menyedihkan buat umat Islam
Umat Islam kekal positif di sebalik tragedi yang melanda.
KUALA LUMPUR: Ujian yang diturunkan kepada manusia merupakan salah satu cara Allah menunjukkan kasih sayangnya kepada manusia. Umat Islam secara umumnya memahami, tiada ujian yang diturunkan Allah, selain yang mampu dihadapi mereka.

Bermula dengan tragedi kren runtuh di Masjidil Haram Jumaat lalu, semalam umat Islam sekali lagi bersedih dengan berita Masjid Al-Aqsa diserang tentera Israel.

Di laman media sosial, umat Islam rata-ratanya berkongsi kesedihan, malah ada yang menyifatkan hujung minggu lalu adalah antara paling sayu untuk dilalui mereka.

Al Aqsa

Namun begitu, di sebalik bencana yang melanda, ia tetap punya sisi positif. Umat Islam di seluruh dunia saling mengucapkan takziah, berkirim salam dan saling mendoakan, biarpun antara mereka tidak mengenali.