Khamis, 25 Februari 2016

Pesawat TUDM buat pendaratan cemas, semua anak kapal selamat
Menurut TUDM dalam kenyataan pada Jumaat, pesawat yang berpangkalan di PU Subang itu telah mendarat di Pantai Asam Jawa.
KUALA LUMPUR: Sebuah Pesawat pengangkut Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis CN235 telah membuat pendaratan kecemasan berhampiran pantai Kuala Selangor sekitar jam 8.50 pagi tadi.

Menurut TUDM dalam kenyataan pada Jumaat, pesawat yang berpangkalan di PU Subang itu telah mendarat di Pantai Asam Jawa.

Pesawat yang membawa lapan orang anak kapal juga dilaporkan selamat dengan dibantu oleh nelayan tempatan yang berada di kawasan tersebut.

TUDM memaklumkan akan menubuhkan satu pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian, dan akan berusaha untuk membuat pemulihan bagi pesawat tersebut.

Dalam pada itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kesemua penumpang telah selamat.

Beliau turut mengarahkan TUDM menyiasat punca kejadian dengan dipantau sendiri oleh Panglima Tentera Udara.

Terdahulu, dalam laporan awal, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Selangor telah mengesahkan menerima laporan sebuah kapal terbang 'terhempas' di persisiran pantai tersebut.
"Maklumat awal diterima dari pemanggil mengatakan sebuah kapal terbang terhempas di pesisir pantai dan terbakar. Enam orang mangsa berjaya diselamatkan dengan menaiki perahu.

"Maklumat dari komander ops kelihatan asap pada jarak 200 meter dan anggota akan menuju ke lokasi pesawat dengan menaiki bot," kata JPBM dalam satu kenyataan.

Posted on 9:46 PTG by sidiazzehairulazhar

No comments

KUALA LUMPUR: Secara ideal, setiap keluarga di negara ini disarankan  memiliki empat anak.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim berkata ia bagi meluaskan sumbangan asas domestik dalam merancakkan ekonomi negara.

Beliau berkata ketika ini rata-rata keluarga muda di negara ini memiliki dua anak.

"Secara purata, kadar kelahiran adalah 2.0 bermakna rata-rata pasangan muda negara ini mempunyai anak seramai dua orang. Namun, berlandaskan keperluan populasi, jumlah ideal adalah empat orang," kata beliau mengulas mengenai penyusutan kadar kelahiran di Malaysia dikeluarkan oleh Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia ke 5 (KPKM5) baru-baru ini.

Menurut Rohani, secara umumnya negara perlu memastikan populasi tidak berada di bawah 30.5 juta orang bagi menyuburkan penggunaan domestik dan ekonomi.

"Kita memerlukan asas domestik yang luas dan berharap populasi penduduk seramai 30.5 juta ketika ini akan bertambah kerana kalau ia berkurang ia akan memberi kesan kepada ekonomi," ujar Rohani.

Beliau berkata asas domestik negara yang kecil menyaksikan negara perlu mewujudkan lebih banyak perdagangan dengan negara luar.
Setakat 2015, populasi penduduk mencecah 30.5 juta orang dengan 48peratus terdiri daripada wanita.
Menjelang 2020, jumlah itu dijangka meningkat antara 32 hingga 34 juta orang.

Posted on 9:40 PTG by sidiazzehairulazhar

No comments