Selasa, 26 April 2016

Nestle mulakan 2016 dengan prestasi cemerlang
Nestle Malaysia berkata keputusan baik ini diterajui oleh jualan domestik dan pertumbuhan eksport.
KUALA LUMPUR: Nestlé Malaysia Berhad memulakan tahun kewangannya dengan mencatatkan hasil lebih tinggi berjumlah RM1.3 bilion bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2016.

Angka ini merupakan lonjakan 2.8 peratus berbanding suku sama tahun sebelumnya.

Dalam satu kenyataan, Nestlé Malaysia berkata keputusan baik ini diterajui oleh jualan domestik dan pertumbuhan eksport.

Pengarah urusannya Alois Hofbauer berkata prestasi ini dicapai berlandaskan inisiatif pemasaran dan promosi kukuh oleh kumpulan, disokong oleh pelancaran produk pada 2015.

Hasilnya ia terus membawa manfaat kepada kumpulan pada tahun 2016.

Kumpulan itu juga meraih untung kasar lebih tinggi dengan mencatatkan peningkatan 4.6 peratus kepada RM521.5 juta.

Ia disokong oleh perolehan yang bertambah dan trend positif dalam harga bahan mentah walaupun diimbangi oleh tukaran mata wang asing yang lebih tinggi.

Sementara itu untung bersih bagi tempoh ini meningkat kepada RM220.7 juta, kenaikan 17.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Tahun 2016, kata Hofbauer, dijangka mencabar dengan keadaan pasaran yang tidak stabil dan sentimen pengguna yang lemah.
Namun beliau yakin dapat mengharungi suasana ekonomi yang sukar ini dengan asas perniagaan yang mantap.

Posted on 10:14 PTG by sidiazzehairulazhar

No comments

Siapa pengganti Zeti sebagai Gabenor Bank Negara?
Pengumuman pengganti Zeti (gambar) akan dibuat kerajaan, namun sehingga kini persoalan pengganti Zeti masih belum terjawab. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz bakal menamatkan perkhidmatan 30 April ini selepas 16 tahun menerajui bank pusat berkenaan.

Pengumuman pengganti Zeti akan dibuat kerajaan, namun sehingga kini persoalan pengganti Zeti masih belum terjawab.

Di bawah akta bank pusat, sekiranya tiada pengumuman dibuat sehingga Zeti tamat tempoh berkhidmat, timbalan gabenor bakal memangku jawatan gabenor buat sementara.

Zeti sewaktu pembentangan Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran pada Mac berkata beliau tidak akan kekal sebagai gabenor selepas tempoh kontrak tamat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada bulan sama berkata kerajaan bakal mengumumkan pengganti Zeti apabila mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong.

The Wall Street Journal (WSJ) pada Mac melaporkan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah bakal menggantikan Zeti.

Bloomberg pada 24 April menyenaraikan beberapa nama yang disebut-sebut bakal menjadi calon pengganti Zeti.

Antaranya Timbalan Gabenor Muhammad Ibrahim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar, dan bekas Duta Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Awang Adek Hussin.

Sementara itu, akhbar berbahasa Inggeris tempatan melaporkan Pengarah Urusan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Tan Sri Ismee Ismail merupakan antara calon berpotensi menggantikan Zeti.

Ini selepas tersebarnya khabar angin bahawa beliau bakal meninggalkan TH.

Namun spekulasi menyebut beliau bakal meninggalkan TH untuk menyertai Sime Darby Bhd menggantikan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Tan Sri Mohd Bakke Salleh.

Ini senarai calon yang disebut media tempatan dan antarabangsa:


Muhammad Ibrahim

Muhammad menyertai Bank Negara pada 1984 dan menjadi Timbalan Gabenor sejak Jun 2010.

Beliau bertanggungjawab memantau pengurusan rizab antarabangsa, dan pasaran kewangan serta operasi tukaran asing.

Beliau juga pernah berkhidmat di bahagian pemantauan perbankan dan kawal selia insurans dan perbankan luar pesisir.

Muhammad sebelum itu memegang jawatan Pengarah Urusan Danamodal Nasional Bhd, sebuah agensi permodalan bank yang dibangunkan sewaktu krisis kewangan Asia.

Beliau juga mempunyai ijazah Sarjana dari Universiti Harvard.


Mohd Irwan Serigar Abdullah

Beliau kini memegang jawatan Ketua Setiausaha Perbendaharaan. Memulakan kerjaya dalam Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada 1984, Irwan menyertai Kementerian Kewangan pada 2003 melibatkan beberapa jawatan.

Irwan mempunyai Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam ekonomi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan Sarjana Pengurusan Tenaga dan Polisi dari Universiti Pennsylvania.


Abdul Wahid Omar
Berasal dari keluarga susah, Wahid menerima ijazah perakaunan British hasil biasiswa kerajaan. Wahid memimpin beberapa Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, sebelum diserap menjadi Senator menerajui EPU.


Awang Adek Hussin

Bekas Menteri Kewangan, beliau mempunyai Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam ekonomi dari Wharton School, Universiti Pennsylvania, tempat di mana Zeti belajar.

Beliau berkhidmat di bank pusat lebih sedekad sejak 1985 di bahagian kawal selia ekonomi dan perbankan, dan menjadi pembantu Gabenor.

Beliau dilantik menjadi Duta Malaysia ke Amerika pada 2014 dan tempoh beliau tamat bulan ini.

Posted on 10:12 PTG by sidiazzehairulazhar

No comments


If you haven't already heard of Malaysian singer-songwriter Yuna, you'll definitely be seeing her everywhere very soon. After the release of her single "Places to Go," the L.A.-based singer followed up with a video for her ballad 'Crush' featuring Usher. Her new album Chapters, set to drop in May, follows her eponymous debut album, which received praise from critics internationally. And now that she's working with a laundry list of Hollywood producers, like Pharrell, we have a feeling this is only the beginning. 

OFFICIAL MV : 
http://youtu.be/9SGHPQ2FVm8

Posted on 1:03 PG by sidiazzehairulazhar

No comments

Isnin, 11 April 2016

Harga Dan Spesifikasi iPhone SE Di Malaysia. Persaingan di antara Apple dan Samsung dalam menjadi pengeluar smartphone terbaik dunia terus sengit. Kini Versi iPhone terbaru/ terkini dipanggil iPhone SE telah diperkenalkan oleh Apple pada 21 Mac 2016 di US. iPhone SE mempunyai chasis rekabentuk yang sama dengan iPhone 5 tetapi mempunyai spesifikasi hampir sama dengan iPhone 6S. Ianya hadir dengan warna Rose Gold bersama dengan warna asal yang terdapat di iPhone 5S iaitu grey, silver dan gold.

Sumber Apple

Spesifikasi iPhone SE

iPhone SE mempunyai hampir kebanyakan ciri-ciri yang terdapat di iPhone 6S termasuk pemprosesan A9 dengan M9 Motion coprocessor yang menjadikannya sepantas iPhone 6S. Berikut antara ciri-ciri yang terdapat di iPhone SE :-
  1. Skrin bersaiz 4.0 inci (1136 X 640 piksel)
  2. Kamera 12 megapiksel
  3. Rakaman video 4K 
  4. Sokongan untuk Live Foto
  5. 2X kepantasan CPU berbandingdengan iPhone 5S 
  6. Kamera hadapan masih seperti lama iPhone iaitu 1.2 megapiksel berbanding  iPhone 6S yang mempunyai 5 megapiksel
  7. Kamera FaceTime HD dengan Retina Flash 
  8. Kapasiti 16GB & 64GB
  9. Sensor cap Jari ID 
  10. Sokongan pembayaran Apple Pay 
  11. Berat 113 gram
  12. iOS 9
  13. Lain-lain spesifikasi boleh dirujuk di Apple. 

Harga iPhone SE Di Malaysia

Menurut Apple, IPhone SE akan mula dijual di Australia, Kanada, China, Perancis, Jerman, Hong Kong, Jepun, New Zealand, Puerto Rico, Singapura, UK, US Virgin Island dan Amerika Syarikat. Ia boleh didapati di lebih daripada 100 buah negara pada Mei.Pra pesanan boleh dilakukan pada 24 Mac dan akan mula dijual pada 31 Mac 2016. Ianya boleh didapati dalam kapasiti bersaiz 16GB dan 64GB dan akan dijual pada harga US $399 (RM1,600) dan AS $499 (RM2,000).
Harga iPhone SE di Malaysia akan dikemaskini dari masa kesemasa dengan jangkaan harga yang murah iaitu kurang daripada RM2,000. Jangkaan berada di pasaran Malaysia pada hujung bulan Mei 2016

ipad Pro

Apple juga memperkenalkan iPad Pro baru yang boleh didapati di Malaysia selepas 31 Mac 2016 dengan anggaran harga yang bakal berubah selepas pelancaran seperti berikut :-

Versi WiFi 9.7in iPad Pro 

  • 32GB : harga US $599 (kira-kira RM2,429)
  • 128GB : harga AS $749 (RM3,036)
  • 256GB : harga AS $899 (kira-kira RM3,644)

WiFi Dan Versi Selular

  • 32GB : Harga AS $ 729 (kira-kira RM2,955)
  • 128GB : Harga US $ 879 (kira-kira RM3,565)
  • 256GB : Harga AS $ 1,029 (kira-kira RM4173)

Bagi peminat produk Apple, nantikan kemunculan iPhone SE yang lebih murah pada Mei 2016 nanti. Untuk maklumat lanjut sila layari Apple Malaysia di http://www.apple.com/my/

Posted on 6:25 PTG by sidiazzehairulazhar

No comments

Filem terbaharu Star Wars ungguli Anugerah Filem MTV 2016

FILEM francais Star Wars terbaru, The Force Awakens dinobatkan "Movie Of The Year" oleh MTV Movie Awards 2016. 

Majlis berlangsung di Warner Brother's Studio, California itu dikendalikan pelakon terkenal Dwayne Johnson dan Pelawak Kevin Hart.

Selain memenangi anugerah utama, The Force Awakens juga dinobatkan pemenang Anugerah Watak Prestasi Paling Cemerlang menerusi lakonan Daisy Ridley.

Adam Driver yang memegang watak Kylo Ren pula membawa pulang Anugerah kategori Watak Jahat Terbaik.

Penganugerahan MTV Movie Awards yang dilakukan menerusi undian penonton itu juga menyaksikan pemenang Anugerah Oscar, Leonardo Dicaprio merangkul Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem The Revenant selepas dipilih penonton dengan undi tertinggi.

Bagaimanapun majlis anugerah dirakam terlebih dahulu pada 9 April sebelum disiarkan pada hari berikutnya. Ini adalah kali pertama acara tersebut tidak disiarkan secara langsung sejak 2006.

Berikut senarai penuh pemenang MTV Movie Awards 2016:

FILEM TERBAIK / MOVIE OF THE YEAR
-Star Wars: The Force Awakens (Pemenang)
-Avengers: Age of Ultron
-Creed
-Deadpool
-Jurassic World
-Straight Outta Compton

PERSEMBAHAN TERBAIK PEREMPUAN / BEST FEMALE PERFORMANCE
-Charlize Theron, Mad Max: Fury Road (Pemenang)
-Alicia Vikander, Ex Machina
-Anna Kendrick, Pitch Perfect 2
-Daisy Ridley, Star Wars: The Force Awakens
-Jennifer Lawrence, Joy
-Morena Baccarin, Deadpool

PERSEMBAHAN TERBAIK LELAKI / BEST MALE PERFORMANCE
-Leonardo DiCaprio, The Revenant (Pemenang)
-Chris Pratt, Jurassic World
-Matt Damon, The Martian
-Michael B. Jordan, Creed
-Ryan Reynolds, Deadpool
-Will Smith, Concussion

AKSI CIUMAN TERBAIK / BEST KISS
-Rebel Wilson & Adam DeVine, Pitch Perfect 2 (Pemenang)
-Amy Schumer & Bill Hader, Trainwreck
-Dakota Johnson & Jamie Dornan, Fifty Shades of Grey
-Leslie Mann & Chris Hemsworth, Vacation
-Margot Robbie & Will Smith, Focus
-Morena Baccarin & Ryan Reynolds, Deadpool

AKSI BERLAWAN TERBAIK / BEST FIGHT
-Deadpool (Ryan Reynolds) vs. Ajax (Ed Skrein), Deadpool - (Pemenang)
-Hugh Glass (Leonardo DiCaprio) vs. The Bear, The Revenant
-Imperator Furiosa (Charlize Theron) vs. Max Rockatansky (Tom Hardy),Mad Max: Fury Road
-Iron Man (Robert Downey Jr.) vs. Hulk (Mark Ruffalo), Avengers: Age of Ultron
-Rey (Daisy Ridley) vs. Kylo Ren (Adam Driver), Star Wars: The Force Awakens
-Susan Cooper (Melissa McCarthy) vs. Lia (Nargis Fakhri), Spy

PERSEMBAHAN AKSI TERBAIK / BEST ACTION PERFORMANCE
-Chris Pratt, Jurassic World (Pemenang)
-Dwayne Johnson, San Andreas
-Jennifer Lawrence, The Hunger Games: Mockingjay - Part 2
-John Boyega, Star Wars: The Force Awakens
-Ryan Reynolds, Deadpool
-Vin Diesel, Furious 7

PERSEMBAHAN KOMEDI TERBAIK / BEST COMEDIC PERFORMANCE
- Ryan Reynolds, Deadpool (Pemenang)
-Amy Schumer, Trainwreck
-Kevin Hart, Ride Along 2
-Melissa McCarthy, Spy
-Rebel Wilson, Pitch Perfect 2
-Will Ferrell, Get Hard

PERSEMBAHAN CEMERLANG / BREAKTHROUGH PERFORMANCE
-Daisy Ridley, Star Wars: The Force Awakens (Pemenang)
-Amy Schumer, Trainwreck
-Brie Larson, Room
-Dakota Johnson, Fifty Shades of Grey
-John Boyega, Star Wars: The Force Awakens
-O'Shea Jackson Jr., Straight Outta Compton

HERO TERBAIK / BEST HERO
-Jennifer Lawrence, The Hunger Games: Mockingjay - Part 2 (Pemenang)
-Charlize Theron, Mad Max: Fury Road
-Chris Evans, Avengers: Age of Ultron
-Daisy Ridley, Star Wars: The Force Awakens
-Dwayne Johnson, San Andreas
-Paul Rudd, Ant-Man
WATAK JAHAT TERBAIK / BEST VILLAIN
-Adam Driver, Star Wars: The Force Awakens (Pemenang)
-Ed Skrein, Deadpool
-Hugh Keays-Byrne, Mad Max: Fury Road
-James Spader, Avengers: Age of Ultron
-Samuel L. Jackson, Kingsman: The Secret Service
-Tom Hardy, The Revenant

PERSEMBAHAN BERKUMPULAN / ENSEMBLE CAST
-Pitch Perfect 2 (Pemenang)
-Avengers: Age of Ultron
-Furious 7
-Star Wars: The Force Awakens
-The Hunger Games: Mockingjay - Part 2
-Trainwreck

KISAH BENAR / TRUE STORY
-Straight Outta Compton (Pemenang)
-Concussion
-Joy
-Steve Jobs
-The Big Short
-The Revenant

DOKUMENTARI / DOCUMENTARY
-Amy (Pemenang)
-Cartel Land
-He Named Me Malala
-The Hunting Ground
-The Wolfpack
-What Happened, Miss Simone?

PERSEMBAHAN MAYA TERBAIK / BEST VIRTUAL PERFORMANCE
-Amy Poehler, Inside Out (Pemenang)
-Andy Serkis, Star Wars: The Force Awakens
-Jack Black, Kung Fu Panda 3
-James Spader, Avengers: Age of Ultron
-Lupita Nyong'o, Star Wars: The Force Awakens
-Seth MacFarlane, Ted 2

Posted on 6:20 PTG by sidiazzehairulazhar

No comments

KUALA LUMPUR : Operasi pembenihan awan (OPA) di Semenanjung Malaysia akan dilaksanakan bermula 12 April sehingga awal Mei depan.


Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Madius Tangau dalam satu kenyataan berkata operasi ini dilancarkan bagi menangani masalah paras air yang kritikal di beberapa negeri khususnya Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Melaka.

Beliau berkata, operasi yang turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Meteorologi dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijangka mampu menghasilkan hujan di sekitar kawasan terjejas .

Sementara itu, katanya, lagi operasi pembenihan awan yang dilancarkan di Sabah sejak 7 April lalu akan diteruskan.
Menurut Madius, operasi ini bukan sahaja bertujuan menangani masalah jerebu tetapi bagi menangani isu kekurangan bekalan air di Sabah.

Posted on 6:15 PTG by sidiazzehairulazhar

No comments