Jumaat, 11 November 2016

Ringgit tidak akan ditambat - BNM
Secara keseluruhan, ringgit menyusut nilai sebanyak tiga peratus berbanding dolar US pada suku kedua. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ringgit tidak akan ditambat walaupun turun naik sejak kebelakangan ini disebabkan persekitaran luar, kata Gabenor Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim, hari ini.

"Ringgit akan terus menghadapi turun naik, sebahagian besarnya berpunca daripada ketidaktentuan dalam persekitaran luar.

Nilai ringgit tidak patut ditentukan oleh kedudukan spekulasi," katanya pada sidang media selepas mengumumkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 4.3 peratus bagi suku ketiga tahun ini.

BACA: Spekulasi, sentimen punca ringgit jatuh - Bank Negara

Ringgit susut berbanding kebanyakan mata wang utama dan serantau pada suku ketiga," katanya.

Beliau berkata ini mencerminkan perubahan dalam sentimen pelabur dan aktiviti pengimbangan semula pelabur portfolio di sepanjang suku, didorong terutama oleh peristiwa luaran.

"Walaupun semua mata wang serantau terjejas oleh ketidaktentuan berterusan ketika tempoh kadar faedah US kembali ke paras normal, ringgit dan mata wang negara pengeksport komoditi lain berhadapan pelarasan tambahan disebabkan oleh harga minyak mentah global yang tidak menentu pada suku itu," katanya.

Secara keseluruhan, ringgit menyusut nilai sebanyak tiga peratus berbanding dolar US pada suku kedua.

Ringgit juga menyusut nilai berbanding euro (-3.9 peratus), yen Jepun (-4.2 peratus) dan dolar Australia (-5.5 peratus), namun mengukuh berbanding paun sterling (0.2 peratus).
Ringgit juga menyusut nilai berbanding mata wang serantau kecuali peso Filipina, antara 1.8 peratus dan 7.3 peratus.

Posted on 12:40 PG by sidiazzehairulazhar

No comments

Spekulasi, sentimen punca ringgit jatuh - Bank Negara
Muhammad berkata, permintaan domesik terus memacu pertumbuhan ekonomi negara bagi tempoh tersebut. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Penurunan ringgit adalah susulan dagangan spekulatif dan kebimbangan pelabur terhadap ekonomi negara dan dunia.

Menurut Gabenor Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim, penyusutan nilai ringgit baru-baru ini tidak mencerminkan asas kukuh matawang tempatan dan ekonomi negara.

"Ianya sangat penting untuk nilai ringgit ditentukan oleh pasaran, bukan dagangan spekulatif dan sentimen.

"Kini, Bank Negara mempunyai tugas untuk berhubung dengan bank tempatan untuk tidak meletakkan nilai ringgit yang tidak selaras dengan asas ekonomi Malaysia," katanya ketika mengumumkan prestasi ekonomi negara bagi suku ketiga 2016 di sini hari ini. 

Bagi tempoh tersebut, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia tumbuh 4.3 peratus.

Ini menjangkaui jangkaan pakar bahawa ekonomi negara akan bertumbuh lembap, sekitar paras 4.0 peratus yang direkodkan pada suku dua 2016.

Muhammad berkata, permintaan domesik terus memacu pertumbuhan ekonomi negara bagi tempoh tersebut.

Katanya, ini dimangkin oleh peningkatan perbelanjaan sektor swasta, peningkatan projek pembangunan infrastruktur, serta peningkatan perbelanjaan rakyat hasil peningkatan gaji minimum dan gaji penjawat awam.

Peningkatan pertumbuhan industri perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan masing-masing sebanyak 6.1 peratus, 4.2 peratus dan 7.9 peratus turut menyumbang kepada pertumbuhan KDNK.

Paras pengangguran meningkat kepada 3.5 peratus berbanding 3.4 peratus suku sebelumnya, sementara inflasi turun kepada 1.3 peratus berbanding 1.6 peratus pada suku kedua 2016.

Juga bagi suku ketiga 2016, paras hutang isi rumah kepada KDNK direkodkan pada 88.7 peratus manakala hutang kerajaan kepada KDNK berada pada paras 52.2 peratus.

Beliau turut menambah, ringgit tidak akan ditambat walaupun turun naik sejak kebelakangan ini disebabkan persekitaran luar.
"Ringgit akan terus menghadapi turun naik, sebahagian besarnya berpunca daripada ketidaktentuan dalam persekitaran luar.
Nilai ringgit tidak patut ditentukan oleh kedudukan spekulasi," katanya. 

Ringgit susut berbanding kebanyakan mata wang utama dan serantau pada suku ketiga," katanya.

Posted on 12:36 PG by sidiazzehairulazhar

No comments