Ahad, 29 November 2015

Pelawak Yus Jambu Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung 

5 jam lalu
Dilihat : 88033
Pelawak Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo, 39, telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi kira-kira jam 12.15 tengah malam di Hospital Selayang akibat serangan jantung.
Perkara tersebut disahkan sendiri oleh rakan karibnya juga salah seorang ahli kumpulan Jambu, Tauke menerusi laman Instagram miliknya.
“Salam semua kawan2 dan sahabat2 jambu saudaraku yussry bin edoo @pakyuih @yus_jambu76 telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi di hospital selayang akibat sesak nafas minta kawan2 sedekahkan AL-fatihah kepada arwah,” dipetik menerusi kapsyen foto yang dimuat naik Tauke.
Astro Gempak difahamkan Yus atau panggilan mesranya Pak Yus, dilaporkan mengalami sesak nafas di dalam kereta ketika perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menjayakan program ‘Raja Band’ di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Anak seni kelahiran Kangar, Perlis ini memulakan kerjaya seni dengan menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 2001 sebelum mula menempah nama dalam bidang komedi tanah air apabila diumumkan juara program Raja Lawak musim pertama pada tahun 2007.
Teks Oleh: Khalid Rahman
Sumber: Instagram Tauke Jambu

Posted on 3:28 PTG by sidiazzehairulazhar

No comments

Isnin, 23 November 2015

Produk Hilangkan Parut, Parut Jerawat dan Strech Mark

Terdapat banyak produk2 hilangkan parut di pasaran, antara yang popular adalah Bio-Oil, Dermatix, Mederma, Organic Aid Vitamin E dan sebagainya. Namun begitu, tak semua produk-produk ini sesuai untuk semua pelbagai jenis parut seperti parut jerawat, parut akibat luka, parut surgical dan juga strech mark.

Sebelum membuat pembelian, pastikan produk yang anda ingin beli itu sesuai dengan jenis parut yang anda ingin rawat.

☑ Terbukti berkesan
◯ It's not very effective

Bio-Oil (NP RM32.90)

1. Bio-Oil

☑ Parut akibat luka
☑ Strech Mark
◯ Parut Jerawat

Posted on 1:23 PG by sidiazzehairulazhar

No comments

Ahad, 25 Oktober 2015

[Justin]
You gotta go and get angry at all of my honesty
You know I try but I don't do too well with apologies
I hope I don't run out of time, can someone call a referee?
Cause I just need one more shot at forgiveness
I know you know that I made those mistakes maybe once or twice
By once or twice I mean maybe a couple of hundred times
So let me, oh let me redeem, oh redeem myself tonight
Cause I just need one more shot at second chances

Is it too late now to say sorry?
Cause I'm missing more than just your body
Is it too late now to say sorry?
Yeah I know that I let you down
Is it too late to say that I'm sorry now?

I'm sorry, yeah
Sorry, yeah
Sorry
Yeah I know that I let you down
Is it too late to say sorry now?

 
I'll take every single piece of the blame if you want me to
But you know that there is no innocent one in this game for two
I'll go, I'll go and then you go, you go out and spill the truth
Can we both say the words and forget this?

Is it too late now to say sorry?
Cause I'm missing more than just your body
Is it too late now to say sorry?
Yeah I know that I let you down
Is it too late to say that I'm sorry now?

I'm not just trying to get you back on me
Cause I'm missing more than just your body
Is it too late now to say sorry?
Yeah I know that I let you down
Is it too late to say sorry now?

I'm sorry, yeah
Sorry, oh
Sorry
Yeah I know that I let you down
Is it too late to say sorry now?
I'm sorry, yeah
Sorry, oh
Sorry
Yeah I know that I let you down
Is it too late to say sorry now?

Posted on 10:32 PTG by sidiazzehairulazhar

No comments

Jumaat, 23 Oktober 2015







TURUT PERMAINAN BALLOON UNTUK KANAK-KANAK

Posted on 5:03 PTG by sidiazzehairulazhar

No comments


iPhone 6s sudah resmi dirilis! Tepat tanggal 9 September 2015, sesuai janjinya, Apple memperkenalkan rentetan produk terbarunya. Yang menjadi bintang dalam acara tersebut adalah Apple iPhone 6s yang hadir menggantikan posisi iPhone 6 sebagai smartphone terbaik milik Apple. Apa saja keunggulannya?

Material aluminium 7000

Jangan berharap Apple melakukan redesign pada Apple iPhone 6s. Smartphone ini masih terlihat sama, dimensi layarnya masih 4,7 inci. Hanya saja Apple kini menggunakan material yang lebih baik dari iPhone 6, yakni Aluminium 7000 yang membuatnya lebih kuat dari potensi bengkok yang sempat menerpa iPhone 6 Plusdulu. Dengan bodi aluminium 7000, ketebalan iPhone 6s kini sedikit bertambah, dari 6,9 mm menjadi 7,1 mm.

Prosesor baru Apple A9

applea9x
Saat memperkenalkan iPhone 6s, Applesebenarnya tak terlalu banyak mengulas sisi hardware. Namun bagi para calon penggunanya, sisi ini tetap menarik disimak. Pasalnya iPhone 6s dibekali prosesor generasi baru, Apple A9 yang diklaim Apple 70 persen lebih cepat dibanding prosesor Apple A8 yang digunakan iPhone 6. Apple juga mengklaim prosesor tersebut punya performa layaknya prosesor desktop PC.

Cara baru menggunakan layar sentuh

apple-3d-touch
Seperti yang sudah diramai diperbincangkan sebelumnya, fitur paling dinanti dari iPhone 6s adalah 3D Touch. Dengan 3D Touch, Anda bisa menyentuh layar iPhone 6s dengan tingkat tekanan yang berbeda-beda untuk menjalankan fungsi yang berbeda pula, tidak hanya sekadar menyentuh dan menekan seperti biasa. Fitur 3D Touch sendiri pertama kali digunakan pada Apple Watch.

Akhirnya, kamera beresolusi tinggi

kameraiphone6s
Untuk pertama kalinya dalam sejarah, Apple menyematkan kamera di atas 10 MP pada iPhone. Ya, iPhone 6s menjadi smartphone pertama yang menggunakan resolusi kamera setinggi 12 MP di belakang dan kamera 5 MP di depan. Menariknya, kamera utamanya bisa digunakan untuk merekam video 4K dengan kualitas yang sangat baik, bahkan bisa digunakan untuk kebutuhan profesional.

Langsung gunakan iOS 9

ios9iphone6s
Hardware baru, software baru. iPhone 6s bakal langsung mengusung sistem operasi iOS 9 sejak pertama kali dirilis nanti. Selain tampilan lebih menarik dan beberapa fungsi tambahan lainnya, iOS 9 jauh lebih ringan dan tidak rakus storage layaknya iOS 8.

Harga iPhone 6s

Bagi Anda yang sudah tidak sabar, rencananya Apple akan merilis dan menjual iPhone 6s ke pasaran pada akhir September. Ada tiga varian yang disediakan, yakni 16 GB (US$649), 64 GB (US$749), dan 128 GB (US$849) dengan pilihan warna silver, space gray, gold, dan rose gold.

Posted on 5:00 PTG by sidiazzehairulazhar

No comments


Infografik Bajet 2016: Pelarasan baharu had pelepasan cukai
Apa yang menanti rakyat dalam tuntutan pelepasan cukai pada tahun 2016? - Gambar Fail
PERDANA MENTERI dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat telah membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat.

Bertajuk 'Mensejahterakan Kehidupan Rakyat', Bajet 2016 menekankan lima tunjang utama dalam melestarikan masyarakat di negara ini.

Antara yang diketengahkan termasuk memperteguh ketahanan ekonomi negara; meningkatkan produktiviti, inovasi dan teknologi hijau; mempersiaga modal insan; memperkasa Agenda Bumiputera dan meringankan kos sara hidup rakyat.

Di bawah adalah ringkasan senarai had pelepasan cukai dalam Bajet tahun ini:

Bajet 2016 - Infografik

Posted on 4:55 PTG by sidiazzehairulazhar

No comments


Ini bukan perlawanan pemanas badan mudah buat JDT
Tambah David, ini merupakan perlawanan terakhir di laman sendiri sebelum dua baki perlawanan yang tinggal berlangsung di tempat lawan. - Gambar Astro ARENA
Jurulatih Sarawak, David Usop tidak mahu memberi laluan mudah buat JDT di Stadium Negeri dalam perlawanan Piala Malaysia pada Sabtu.

David senang menerima pandangan kapten JDT, Safiq Rahim betapa aksi malam esok hanya pemanas buat pasukan gergasi itu.

David sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran. Walaupun Sarawak bukan pasukan pilihan, tidak bermakna mereka mudah ditundukkan.

Tegas David, skuad Ngap Sayot terima cabaran itu untuk pastikan 3 mata milik mereka.

"Lawan Sarawak bukan misi hidup mati, mereka masih mempunyai dua perlawanan untuk layak kerana mereka berada di kedudukan teratas.

"Bagi mereka ini perlawanan pemanas badan untuk perlawanan final (Piala AFC), kalau betul mereka cakap macam itu maka kami perlu mengambil kesempatan," katanya.

Tambah David, ini merupakan perlawanan terakhir di laman sendiri sebelum dua baki perlawanan yang tinggal berlangsung di tempat lawan.
Askki pada Sabtu juga merupakan peluang terbaik mereka mengisi slot sku akhir andai tiga mata berjaya dikutip.

"Kita semua tahu JDT adalah pasukan terbaik di Malaysia. Saya telah berpesan kepada pemain agar tidak memberi mereka ruang dan bermain lebih agresif."


Posted on 4:53 PTG by sidiazzehairulazhar

No comments

Pembentangan Bajet 2016 yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini di Parlimen turut melibatkan pengumuman tentang Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat.

Antaranya adalah, bagi tahun 2016, pemberian untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah dinaikkan daripada RM950 kepada RM1,000.

Lihat infografik di bawah untuk maklumat lanjut: 


e

Posted on 4:52 PTG by sidiazzehairulazhar

No comments


Jerebu dijangka pulih November ini - Jabatan Meteorologi
CHE GAYAH: Mulai November, kita akan mengalami angin monsun timur laut...ini bermakna angin dari Laut China Selatan tidak akan bawa jerebu dari Indonesia dan pada waktu itu negara akan bebas daripada jerebu. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Masalah jerebu yang melanda negara dijangka berakhir November ini berikutan ketibaan angin monsun dari arah timur laut yang akan menolak udara tercemar ke selatan wilayah Malaysia.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Datuk Che Gayah Ismail berkata monsun timur laut dijangka bermula pada minggu pertama atau kedua November dan akan berakhir pada minggu kedua Mac 2016.

"Mulai November, kita akan mengalami angin monsun timur laut...ini bermakna angin dari Laut China Selatan tidak akan bawa jerebu dari Indonesia dan pada waktu itu negara akan bebas daripada jerebu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau operasi pembenihan awan oleh Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (Mosti) di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini, hari ini.

Berkenaan operasi pembenihan awan (OPA), beliau berkata Mosti melaksanakan 29 OPA bagi mengurangkan kesan jerebu sejak Mac lepas.

Jelasnya, operasi itu akan diteruskan di kawasan yang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat melebihi tempoh 72 jam.

"Pembenihan awan telah berjaya menghasilkan hujan di beberapa kawasan yang dilanda jerebu teruk termasuklah di Lembah Klang," katanya.

Mengulas lanjut mengenai proses pembenihan awan itu, Che Gayah berkata bahan yang digunakan adalah garam masakan biasa yang dilarutkan bersama air sebelum disembur ke dalam awan.
Katanya, proses tersebut tidak mempunyai kesan sampingan terhadap kesihatanmanusia ataupun alam sekitar.

"(Berhasil atau tidak) proses (pembenihan awan) bagaimanapun mengambil kira faktor keadaan awan, atmosfera yang sesuai dan stabil serta udara lembap di kawasan sasaran," katanya. 

Posted on 4:50 PTG by sidiazzehairulazhar

No comments


Bila si kacak jadi Perdana Menteri: 8 fakta tentang Justin Trudeau
"Kita perlu lebihkan bantuan untuk mereka yang memerlukan, dan kurangkan bantuan untuk mereka yang tidak memerlukan."
Nama Justin Trudeau menjadi sebutan sejak kebelakangan ini. Semuanya bermula selepas beliau dipilih sebagai Perdana Menteri Kanada.

Pemilihan Trudeau disifatkan sebagai kejutan memandangkan beliau bukan calon pilihan.

Berbanding dua pencabarnya, Trudeau dikatakan terlalu muda dan tidak punya pengalaman yang cukup.

Pun begitu, ia disambut baik penduduk Kanada khususnya yang menyifatkan Trudeau, yang mengetuai Parti Liberti, bakal membawa angin perubahan dalam persekitaran politik negara itu yang sebelum ini dikuasai oleh Parti Konservatif Kanada.

Mari kita lihat beberapa fakta menarik tentang Trudeau.

1. Baru berusia 43 tahun dan antara Perdana Menteri paling muda dalam sejarah Kanada.

2. Merupakan anak sulung bekas Perdana Menteri Kanada yang ke-15, Pierre-Elliot Trudeau.

3. Memiliki dua ijazah: Ijazah Sarjana Muda Sastera dari McGill University dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari University of British Columbia.

4. Pernah bertugas sebagai guru Matematik dan bahasa Perancis.

5. Antara aspirasi Trudeau dalam karier politiknya ialah:





6. Baharu sahaja beberapa hari diangkat sebagai Perdana Menteri, Trudeau sudah menerima pujian dengan sifatnya yang prihatin, di samping tidak kekok bergaul dengan rakyat pelbagai kaum.

 
Mashallah, the prime minister elect of Canada, Justin Trudeau was not shy to dress in traditional clothes and enjoy a...
Posted by Hassan Shibly on 
 



7. Turut menjadi sebutan adalah kekacakan Trudeau.




8. Si kacak ini, bagaimanapun, telah berkahwin. Beliau mengahwini Sophie Grรฉgoire pada tahun 2005 dan mempunyai tiga orang anak - Xavier, Ella-Grace Margaret dan Hadrien.

Posted on 2:34 PG by sidiazzehairulazhar

No comments


Bajet 2016: Ringgit susut 26.4 peratus sejak awal tahun
Dalam masa sama, Bursa Malaysia turut mencatatkan penurunan kepada 1621.04 mata pada September 2015.
KUALA LUMPUR: Nilai ringgit terus berdepan penurunan susulan kejatuhan harga minyak mentah dunia dan harga komoditi.

Laporan ekonomi 2015/2016 menyebut nilai ringgit susut 26.4 peratus berbanding Dolar AS sehingga akhir September.

Nilai ringgit turut susut 17 peratus berbanding nilai Euro sehingga akhir September dan bagi tempoh sama juga nilai ringgit susut 19.3 peratus berbanding nilai yen.

Dalam masa sama, Bursa Malaysia turut mencatatkan penurunan kepada 1621.04 mata pada September 2015.
Nilai permodalan pasaran turut menurun dari RM1.7 trilion pada September tahun lalu kepada RM1.6 trilion September tahun ini.

Posted on 2:28 PG by sidiazzehairulazhar

No comments

KDNK 2016 dijangka berkembang empat hingga lima peratus - Najib
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dijangka berkembang pada kadar empat hingga lima peratus pada tahun 2016.
KUALA LUMPUR: Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dijangka berkembang pada kadar empat hingga lima peratus pada tahun 2016.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pertumbuhan itu akan dipacu oleh pelaburan dan penggunaan swasta pada kadar 6.7 dan 6.4 peratus.

"Eksport pula tumbuh pada kadar 0.9 peratus dan import 1.5 peratus," katanya ketika menggariskan enam pencapaian utama negara dalam Bajet 2016 di Dewan Rakyat hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata sektor pembinaan telah berkembang sebanyak 8.4 peratus, perkhidmatan (5.4 peratus) dan pembuatan (4.3 peratus).

Selain itu, katanya negara juga telah dapat mengurangkan defisit fiskal kerajaan daripada paras 6.7 peratus kepada 3.2 peratus yang dijangka pada tahun ini.

Melalui pencapaian ketiga, Najib berkata Dasar Transformasi Nasional (DTN)yang diperkenalkan kerajaan pada 2010 memperlihatkan kemiskinan tegar telah hampir disifarkan apabila kadar kemiskinan berkurangan daripada paras 3.8 peratus pada tahun 2009 kepada 0.6 peratus pada tahun 2014.

Bagi pencapaian keempat, beliau berkata hasil pengurusan ekonomi yang berkesan, kadar pengangguran turut berkurangan kepada 2.9 peratus berbanding 3.4 peratus pada 1999, dengan 1.8 juta peluang pekerjaan berjaya diwujudkan.

"Sebanyak lima juta rakyat di kawasan luar bandar telah berjaya mendapat manfaat kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air bersih," katanya menjelaskan pencapaian kelima.

Menerusi bajet bertemakan 'Mensejahtera Kehidupan Rakyat' Najib berkata bagi pencapaian keenam pula, rakyat telah menikmati pelbagai kemudahan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Klinik 1Malaysia, Pusat Transformasi Bandar (UTC), Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dan Kedai Rakyat 1Malaysia untuk meringankan kos sara hidup.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata kemasukan pelaburan asing terus kukuh pada 22.4 bilion ringgit pada separuh pertama tahun ini, manakala indeks Bursa Kuala Lumpur mencatat 1,705 mata bersamaan nilai pasaran RM1.675 trilion menjelang penutupan bursa hari ini.

"Walaupun ringgit menyusut nilai, rizab antarabangsa kekal tinggi sebanyak RM418 bilion pada 15 Okt 2015 yang mampu sebenarnya membiayai selama 8.8 bulan import tertangguh dan 1.2 kali hutang luar jangka pendek.
"Pada tahun hadapan, negara dijangka terus berada dalam inflasi terkawal antara dua hingga tiga peratus," katanya.

Melalui pencapaian yang telah diumumkan, Najib berkata Malaysia bukanlah negara gagal atau bankrap, sebaliknya masih stabil dan kukuh dengan asas ekonomi dan terus berdaya saing.

Posted on 2:26 PG by sidiazzehairulazhar

No comments

Isnin, 19 Oktober 2015


Jerebu: 22 kawasan catat bacaan IPU tidak sihat pagi ini
Gambar fail jerebu di Putrajaya pada 13 Okt 2015. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Pencerapan Jabatan Alam Sekitar setakat jam 7 pagi tadi mendapati 22 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Kawasan paling teruk terjejas adalah Pelabuhan Kelang dengan bacaan 172 diikuti dengan Batu Muda, Kuala Lumpur dan Shah Alam, Selangor dengan bacaan 156.

IPU tidak sihat turut dicatatkan di  Petaling Jaya (145), Banting (138) Kuala Selangor (135),dan Putrajaya (133).

Di Perak, bacaan IPU di Tanjung Malim berubah masih berada di paras tidak sihat dengan bacaan IPU 136.

Sementara itu, 29 kawasan lain berada di kawasan sederhana manakala Miri, Sarawak mencatatkan IPU di bawah 50 dengan bacaan 47.

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Posted on 9:32 PTG by sidiazzehairulazhar

No comments


SPM 2015 diteruskan walaupun jerebu - Mahdzir
Peperiksaan SPM yang bermula 2 November depan tidak boleh ditangguhkan hanya kerana segelintir calon menghadapi masalah pernafasan akibat keadaan jerebu. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 yang dijadual berlangsung pada November akan diteruskan walaupun jerebu yang melanda negara masih belum ada sebarang tanda untuk reda.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata peperiksaan SPM yang bermula 2 November depan tidak boleh ditangguhkan hanya kerana segelintir calon menghadapi masalah pernafasan akibat keadaan jerebu.

"Tidak boleh ditangguhkan SPM kerana ia melibatkan 400,000 calon dan hanya segelintir sahaja calon yang mempunyai masalah pernafasan kesan daripada jerebu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan (KPM) kini mempertimbangkan untuk menyediakan bilik atau ruang khas bagi calon peperiksaan SPM yang menghadapi masalah pernafasan ketika menduduki peperiksaan dalam keadaan jerebu.

"Tiap-tiap sekolah kami sudah tahu jumlah pelajar yang kesihatan tidak baik, kami akan ambil tindakan kalau jerebu masih tinggi ... SPM nanti kita masih boleh buat dalam bilik tertentu," katanya.

Mengenai sesetengah kakitangan sekolah yang diminta bekerja walaupun sekolah diarahkan tutup, Mahdzir berkata itu tertakluk kepada budi bicara pengetua setiap sekolah dan lebih kepada sukarela dan bukan secara paksaan.

"Ini lebih kepada sukarela, dekat nak periksa ni banyak yang perlu diselesaikan di sekolah, ada pengetua minta tolong datang untuk selesaikan beberapa perkara.

"Ini atas sukarela. Kalau ada persetujuan dua pihak tak apa, kalau ada paksaan yang tak boleh," katanya.

Mahdzir turut menegaskan Kementerian tetap mengambil berat terhadap sesi pembelajaran yang mungkin terganggu akibat penutupan sekolah kerana keadaan jerebu yang teruk.

Sebelum itu, KPM mengeluarkan kenyataan semua sekolah di Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, daerah Kuching dan Samarahan  di Sarawak, Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Kunak di Sabah serta Muar, Ledang dan Segamat di Johor ditutup esok akibat jerebu.
Penutupan itu membabitkan 3,029 sekolah dan 1,909,842 murid, menurut kenyataan itu.

Hari ini, sekolah di Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya, Selangor, Kuala Lumpur, Tawau di Sabah dan Kuching dan Samarahan di Sarawak juga diarah tutup susulan jerebu.

Posted on 9:30 PTG by sidiazzehairulazhar

No comments


Keadaan jerebu terus merosot di Singapura
Gambar fail jerebu di Singapura pada 23 Sept 2015. - EPA/Wallace Woon
SINGAPURA: Keadaan jerebu di republik ini merosot sejak kira-kira pukul 9 malam tadi, kata Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA).

Ini berikutan jerebu lebih tebal yang dibawa angin dari arah selatan-tenggara dari kawasan laut di sebelah selatan.

Pada pukul 11 malam tadi, indeks standard pencemaran (PSI) 24-jam mencatat bacaan tidak sihat antara 104 hingga 152.

Sementara pada pukul 8 pagi hari ini, bacaan PSI 24-jam adalah pada kadar tidak sihat antara 105 hingga 171.

Jerebu dijangka berterusan sepanjang hari ini.

Posted on 9:28 PTG by sidiazzehairulazhar

No comments

Rabu, 7 Oktober 2015


Ringgit catat kenaikan tertinggi dalam tempoh 5 minggu
Ringgit yang mencatatkan prestasi terburuk berbanding mata wang Asia lain pada tahun ini, naik 5.2 peratus kepada 4.1600 berbanding dolar Amerika. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Ringgit melonjak lebih daripada 5 peratus ke paras tertinggi dalam lima minggu pada Rabu susulan jualan nilai batasan kerugian Dolar AS dan saham tempatan yang lebih tinggi.

Ringgit yang mencatatkan prestasi terburuk berbanding mata wang Asia lain pada tahun ini, naik 5.2 peratus kepada 4.1600 berbanding dolar Amerika, peningkatan terkukuh sejak 1 September.

Turut mencatatkan kenaikan adalah FBM KLCI pada 1.6 peratus.

Ringgit dan saham Malaysia mendapat sokongan daripada eksport Ogos yang lebih kukuh berbanding jangkaan.
Ia turut dibantu pemulihan dalam harga minyak mentah global yang meredakan kebimbangan terhadap pendapatan jualan minyak dan gas di luar negara.

Posted on 4:51 PG by sidiazzehairulazhar

No comments