Ini bukan perlawanan pemanas badan mudah buat JDT
Tambah David, ini merupakan perlawanan terakhir di laman sendiri sebelum dua baki perlawanan yang tinggal berlangsung di tempat lawan. - Gambar Astro ARENA
Jurulatih Sarawak, David Usop tidak mahu memberi laluan mudah buat JDT di Stadium Negeri dalam perlawanan Piala Malaysia pada Sabtu.

David senang menerima pandangan kapten JDT, Safiq Rahim betapa aksi malam esok hanya pemanas buat pasukan gergasi itu.

David sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran. Walaupun Sarawak bukan pasukan pilihan, tidak bermakna mereka mudah ditundukkan.

Tegas David, skuad Ngap Sayot terima cabaran itu untuk pastikan 3 mata milik mereka.

"Lawan Sarawak bukan misi hidup mati, mereka masih mempunyai dua perlawanan untuk layak kerana mereka berada di kedudukan teratas.

"Bagi mereka ini perlawanan pemanas badan untuk perlawanan final (Piala AFC), kalau betul mereka cakap macam itu maka kami perlu mengambil kesempatan," katanya.

Tambah David, ini merupakan perlawanan terakhir di laman sendiri sebelum dua baki perlawanan yang tinggal berlangsung di tempat lawan.
Askki pada Sabtu juga merupakan peluang terbaik mereka mengisi slot sku akhir andai tiga mata berjaya dikutip.

"Kita semua tahu JDT adalah pasukan terbaik di Malaysia. Saya telah berpesan kepada pemain agar tidak memberi mereka ruang dan bermain lebih agresif."