Jerebu: 22 kawasan catat bacaan IPU tidak sihat pagi ini
Gambar fail jerebu di Putrajaya pada 13 Okt 2015. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Pencerapan Jabatan Alam Sekitar setakat jam 7 pagi tadi mendapati 22 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Kawasan paling teruk terjejas adalah Pelabuhan Kelang dengan bacaan 172 diikuti dengan Batu Muda, Kuala Lumpur dan Shah Alam, Selangor dengan bacaan 156.

IPU tidak sihat turut dicatatkan di  Petaling Jaya (145), Banting (138) Kuala Selangor (135),dan Putrajaya (133).

Di Perak, bacaan IPU di Tanjung Malim berubah masih berada di paras tidak sihat dengan bacaan IPU 136.

Sementara itu, 29 kawasan lain berada di kawasan sederhana manakala Miri, Sarawak mencatatkan IPU di bawah 50 dengan bacaan 47.

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).