- Pemohon boleh merujuk cara membuat Permohonan UPU 2017/2018 di Permohonan UPU 2016 atau UPU Online 2017/ 2018.
- Jadual pembelian Pin Unik, sila klik BSN
- Permohonan second intake untuk UA terpilih : Klik Ambilan Kedua
Cara Beli Nombor Pin Unik ID UPU Di BSN
Berikut 3 cara atau langkah untuk anda membeli Pin Unik ID/ No.Pin di Bank Simpanan Nasional (BSN) :-1. Kaunter BSN
Anda boleh pergi ke mana-mana cawangan Bank BSN dengan membawa IC & duit untuk jumlah bayaran yang akan dikenakan.Cara kedua dan ketiga memerlukan pemohon mempunyai akaun BSN dan kad BSN.
2. ATM ( Automated Teller Machine )
- Masukkan Kad dan No Pin
- Pilih Urusan – ‘Beli Pin’
- Pilih Jenis Permohonan – ‘IPTA’
- Pilih Jenis Program IPTA – contohnya ‘SPM’ atau “STPM”
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan /My Kad
- ‘YA’untuk meneruskan urusan
- Semak Maklumat
- Klik ‘SETUJU’ untuk meneruskan urusan ‘BATAL’ untuk membatalkan urusan
- Resit Dicetak. Simpan resit yang dicetak untuk rujukan masa depan
3. SMS Banking
Pemohon perlu mendaftar dulu untuk menggunakan perkhidmatan SMS Banking. Anda boleh mendaftar di Kaunter, CDM (Cash Deposit Machine ) atau ATM.
Berikut langkah atau cara Untuk mendaftar di ATM atau CDM :-
- Masukkan Kad MATRIX BSN dan Pilih Bahasa
- Masukkan No. Pin dan Pilih Urusan Lain
- Pilih Perbankan SMS dan Pilih Pendaftaran
- Masukkan No. Telefon Bimbit
- Urusan Telah Berjaya dan slip akan dikeluarkan bersama cetakan 4 digit UAC.
- SMS pendaftaran berjaya akan diterima melalui telefon yang didaftarkan tadi.
SMS ke 36898 dengan menaip PIN<jarak>M-PIN<jarak>ORG<jarak>KP
contoh : PIN 012345 SPM 950101010101
*M-PIN adalah no pin kad Matrix BSN
Cara Beli Nombor Pin Unik UPU Di BSN boleh di Download di SINI
Jenis permohonan
- Permohonan UPU.
- Permohonan Bahagian Pendidikan Guru (BPG)
- Permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi KPM College.
- Permohonan untuk melanjutkan pelajaran di Kolej Komuniti KPTM dan Politeknik
- Permohonan untuk melanjutkan pelajaran di UiTM.
- Permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke Pusat Perubatan Universiti Malaya.
- Permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke UNISEL.
- Permohonan Pinjaman PTPTN.
0 ulasan:
Catat Ulasan