Ahad, 27 September 2015

Sekolah tutup jika jarak penglihatan kurang 500 meter - Mahdzir Khalid
MAHDZIR: Proses pembelajaran yang tergendala akibat jerebu akan diganti, namun tarikhnya akan ditentukan kemudian.
KUALA LUMPUR: Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Guru Besar boleh membuat keputusan menutup sekolah sekiranya jarak penglihatan di bawah 500 meter.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sebelum ini penutupan sekolah di kawasan yang dilanda jerebu hanya diputuskan apabila indeks pencemaran udara (IPU) mencapai 200, namun jarak penglihatan juga boleh diambil kira dalam menentukan penutupan sekolah.

Dalam pada itu katanya proses pembelajaran yang tergendala akibat jerebu akan diganti, namun tarikhnya akan ditentukan kemudian.

Tambah Mahdzir lagi sepanjang jerebu melanda, kementerian itu telah menetapkan pukul 2 petang setiap hari sebagai waktu untuk mengumumkan sama ada sekolah akan ditutup atau beroperasi seperti biasa untuk keesokkan harinya.

Setakat jam 8 malam, tiada lagi kawasan mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat selepas lima kawasan yang mencatatkan bacaan itu pada tengah hari mula beralih kepada IPU tidak sihat setakat jam 7 malam.

Posted on 9:23 PG by sidiazzehairulazhar

No comments

Sabtu, 26 September 2015

Gan Ping Sieu selar pihak ambil kesempatan ke atas kenyataan Duta Besar China
Bekas Naib Presiden MCA itu berkata lawatan Huang bersifat di luar rutin seorang Duta. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu menyelar sesetengah pengguna media sosial yang cuba memutar-belit kenyataan Duta Besar China Ke Malaysia, Dr Huang Huikang berhubung perhimpunan Baju Merah 2 pada Sabtu di Jalan Petaling, baru-baru ini.

Namun, agak jelas pemilihan perkataan Huang dalam menegaskan pendapatnya tentang penganjuran himpunan Baju Merah 2 itu mudah untuk disalahertikan dan dilihat sebagai menjelaskan pendapat beliau terhadap pentingnya isu domestik negara.

Lawatan Huang ke Jalan Petaling pada Jumaat untuk melawat peniaga di situ ketika musim perayaan, dorongan moral atau sebaliknya, tidak membayangkan rutin biasa beliau, atau sebahagian dari misi diplomatik bagi seorang Duta.

"Saya pasti majoriti rakyat Malaysia menghargai usaha Huang dalam memupuk keharmonian sosial dan kestabilan negara ini dalam memelihara hubungan dua hala antara China dan Malaysia, kerana ia pasti dapat memajukan perdagangan bilateral, perniagaan dan kerjasama serantau di antara dua negara ini," kata Ping Sieu dalam satu catatan di laman facebook peribadinya, hari ini.
"Saya percaya kunjungan Huang ke Jalan Petaling adalah satu tanda yang berniat baik, tidak produktif, tiada keperluan dan boleh dimanipualsi oleh golongan yang mahu memusnahkan negara kita yang sudah berpecah-belah

Posted on 5:45 PG by sidiazzehairulazhar

No comments


Tiada penerbangan Malaysia Airlines terjejas akibat jerebu
Jurucakap Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB), mengesahkan penerbangan MH2591 selamat tiba di KLIA pada pukul 4.12 petang tadi. - Gambar Fail
PUTRAJAYA: Tiada penerbangan Malaysia Airlines (MAS) yang bertolak dari atau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang terjejas akibat jerebu, kata syarikat penerbangan nasional itu.

Namun, penerbangan MH2591 dari Miri ke Kuala Lumpur diarahkan ke Pulau Pinang tengah hari tadi berikutan jarak ketampakan rendah akibat jerebu.

"Selain MH2591, semua penerbangan Malaysia Airlines yang tiba atau berlepas dari KLIA tidak terjejas dengan jerebu," kata MAS dalam satu kenyataan.

Sementara itu, jurucakap Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB), mengesahkan penerbangan MH2591 selamat tiba di KLIA pada pukul 4.12 petang tadi.

Sehingga pukul 3 petang, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di sekitar KLIA seperti Putrajaya berada dalam kategori sederhana dengan bacaan 99.

Tinjaun Bernama di Klia2 mendapati ia turut diselubungi jerebu dengan jarak ketampakan sekitar dua kilometer.
IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya)

Posted on 5:40 PG by sidiazzehairulazhar

No comments

Selasa, 22 September 2015

Apple serious about its electric car, sets 2019 launch



bmw i3 malaysia 7
Apple is now deadly serious about its electric car project (codenamed Project Titan), as it is now being classified as a ‘committed project’, with an ambitious target 2019 ship date for the vehicle, according to the Wall Street Journal. It looks like planned market deployment has been brought forward by a year from that stated in an earlier report.
Apparently, the company is set to triple its 600-person strong team working on the project. Citing information from individuals close to the project, the news portal believes that the go-ahead came about after the company started feasibility studies into an Apple-branded car about a year ago. 
It opines that Apple sees an opportunity to apply its technological know-how into areas such as batteries, sensors and hardware-software integration for next-generation automobiles. 
2016-Honda-Accord-with-Apple-CarPlay-22
As we reported earlier in August, UK’s The Guardian had stumbled upon information that Apple was scouting for secure locations in the San Fransisco Bay area to test a ‘self-driving car’. It was also rumoured that the BMW i3 might be the preferred model for the undertaking. The WSJreport adds that the car may not be totally autonomous though – the publication’s sources indicate that this self-driving capability is part of the project’s long-term goals and not for the immediate future.
There’s no lack of cooperation – Daimler CEO Dieter Zetsche has stated that he is open to collaborations with Apple and Google in the futureas he believes next-generation automobiles will be built with greater input from telecommunications and software experts too.
Whatever the case, it’ll definitely be something else for Apple to traverse into the realm of becoming a full-fledged automaker and take on electric car rivals such as the Tesla S and Nissan Leaf. Just to jog your memory, you might want to check out our earlier article on the spy photographs of the Apple “Titan” autonomous EVthat was caught testing back in June too.
BMW i3

Apple’s Titan autonomous EV spied during testing

Posted on 7:23 PTG by sidiazzehairulazhar

No comments

Isnin, 14 September 2015


Jerebu: Sekolah di KL, Selangor, Putrajaya, N.Sembilan, Melaka diarah tutup Selasa
Arahan tersebut berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi bacaan 200. - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid mengarahkan semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka ditutup pada Selasa ekoran bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan bacaan melebihi 200.

Penutupan sekolah di beberapa negeri itu disahkan Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan di dalam tweet terbaharunya lewat Isnin malam.

Buat masa ini, bacaan terbaru IPU boleh didapati di laman web http://apims.doe.gov.my/

Posted on 9:49 PG by sidiazzehairulazhar

No comments

Ahad, 13 September 2015


Tragedi Mekah, Al-Aqsa diserang: Minggu menyedihkan buat umat Islam
Umat Islam kekal positif di sebalik tragedi yang melanda.
KUALA LUMPUR: Ujian yang diturunkan kepada manusia merupakan salah satu cara Allah menunjukkan kasih sayangnya kepada manusia. Umat Islam secara umumnya memahami, tiada ujian yang diturunkan Allah, selain yang mampu dihadapi mereka.

Bermula dengan tragedi kren runtuh di Masjidil Haram Jumaat lalu, semalam umat Islam sekali lagi bersedih dengan berita Masjid Al-Aqsa diserang tentera Israel.

Di laman media sosial, umat Islam rata-ratanya berkongsi kesedihan, malah ada yang menyifatkan hujung minggu lalu adalah antara paling sayu untuk dilalui mereka.

Al Aqsa

Namun begitu, di sebalik bencana yang melanda, ia tetap punya sisi positif. Umat Islam di seluruh dunia saling mengucapkan takziah, berkirim salam dan saling mendoakan, biarpun antara mereka tidak mengenali.

Posted on 11:54 PTG by sidiazzehairulazhar

No comments


Ini 8 tragedi paling menyayat hati yang berlaku sewaktu musim haji
Kehadiran jutaan umat Islam dalam satu masa memerlukan pemantauan dan pengurusan rapi
KUALA LUMPUR: Tragedi kren runtuh di Masjidil Haram Jumaat lalu bukanlah insiden pertama seumpamanya. Sejak lebih dua dekad yang lalu, banyak insiden yang berlaku membabitkan jemaah haji, kebanyakannya akibat daripada kecuaian dan kegagalan pihak-pihak tertentu menguruskan jemaah yang ramai.

Disenaraikan di sini beberapa tragedi menyayat hati yang pernah berlaku dalam musim haji sebelum ini.

1. 2 Julai 1990Tragedi terowong al-Muassim merupakan tragedi dengan jumlah korban paling ramai setakat ini. Terowong pejalan kaki yang menghubungkan Mekah dan Mina itu runtuh dan mengakibatkan 1,426 jemaah maut. Seramai 19 jemaah Malaysia juga disahkan antara yang terkorban. (1)

2. 31 Julai 1987Tunjuk perasaan yang dibuat jemaah haji dari Iran mengakibatkan 400 orang maut.

3. 12 Januari 2006: Kira-kira 360 orang jemaah haji maut selepas kejadian rempuhan di Mina ketika ramai berpusu-pusu untuk melontar di jamrah.

BACATragedi kren runtuh di Masjidilharam - Lima warga Malaysia disahkan maut

GALERI FOTOTragedi kren runtuh di Masjid al-Haram, Mekah

4. 15 April 1997: Masih di Mina, kebakaran di kem penempatan jemaah haji mengorbankan 343 nyawa.

5. 23 Mei 1994: Insiden rempuhan di Mina semasa melontar di jamrah, mengakibatkan 270 jemaah maut.

6. 1 Februari 2004: Seramai 244 jemaah haji maut, juga dalam insiden rempuhan ketika melontar di jamrah di Mina.
7. 9 April 1998: Juga tragedi yang berpunca daripada kegagalan menguruskan jemaah ketika melontar yang mengakibatkan seramai 118 jemaah maut.

8. 6 Januari 2006: Empat jemaah dari Malaysia antara yang terkorban apabila sebuah hotel di kawasan Al Ghazzah dekat Masjidilharam runtuh dan mengorbankan 76 orang secara keseluruhannya.

Posted on 11:49 PTG by sidiazzehairulazhar

No comments


Jerebu: Henti operasi jika jarak penglihatan kurang satu batu nautika - Liow
Menurut Liow (gambar), sekiranya jarak penglihatan kurang satu batu nautika akibat jerebu, bot nelayan dan kapal kecil perlu menghentikan operasi. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bot-bot nelayan dan pesawat udara perlu menghentikan operasi mereka sekiranya jarak penglihatan semakin terhad akibat situasi jerebu.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai memaklumkan pihaknya telah mengarahkan Jabatan Laut Malaysia dan Jabatan Penerbangan Awam untuk mengeluarkan amaran jerebu kepada pesawat dan kapal yang beroperasi di semua lapangan terbang dan pelabuhan.

Menurut Liow, sekiranya jarak penglihatan kurang daripada satu batu nautika akibat jerebu, bot nelayan dan kapal-kapal kecil perlu menghentikan operasi atas faktor keselamatan.

"Begitu juga dengan pesawat-pesawat udara, sekiranya jarak penglihatan kurang daripada 600 meter, maka pendaratan di lapangan terbang akan menjadi sangat berbahaya kerana pandangan tidak jelas akibat jerebu," katanya selepas merasmikan Konvensyen MCA Negeri Selangor di Wisma MCA, pada Ahad.

Jelas Liow, setakat 11 pagi, satu pesawat dari Bangkok ke Kuala Lumpur telah dilencongkan berikutan masalah jerebu.

"Ada beberapa pesawat semalam dilencongkan dari Ipoh. Pesawat dari Singapura itu sepatutnya mendarat di Ipoh namun telah dilencongkan ke KLIA.

"Hari ini juga ada pesawat dari Thailand telah dilencongkan ke kawasan lain," kata Liow.

Sementara itu, Pengarah Sektor Pengurusan Kawalan Udara Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Ahmad Nizar Zolfakar yang dihubungi Astro AWANI telah mengesahkan pesawat Thai Air Asia telah dilencongkan pada pagi Ahad.

Pesawat itu yang sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA Sepang pada jam 9.35 pagi Ahad terpaksa dilencongkan berikutan masalah jerebu.

Semalam, pesawat Tiger Airways dari Singapura ke Ipoh yang dijadualkan mendarat jam 9.15 pagi di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah turut dilencongkan ke K-L-I-A berikutan masalah jerebu yang menjejaskan jarak penglihatan hingga 600 meter.
Setakat ini, Ahmad Nizar juga berkata tiada perubahan kepada laluan trafik udara dan keadaan masih terkawal.

Posted on 8:51 PG by sidiazzehairulazhar

No comments

Sabtu, 12 September 2015


Video 'viral' pesawat MAS: Senario biasa sewaktu ribut pasir - bekas residen Jeddah
Pesawat Malaysia Airlines tersebut meluncur di atas landasan di dalam kawasan lapangan terbang dan kenderaan (sumber rakaman video) itu adalah kereta VIP Reception, kata bekas residen Jeddah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Video viral sebuah pesawat Malaysia Airlines sedang meluncur dalam ribut pasir di atas landasan lapangan terbang Jeddah bersebelahan sebatang jalan yang dilalui kenderaan bukanlah sesuatu yang luar biasa.

Perkara itu dinyatakan oleh seorang warga Malaysia, Yunos Abdul Rahman, 36, yang pernah menetap dan bekerja di bandaraya terbesar dalam wilayah Mekah tersebut selama tujuh tahun.

“Lapangan Terbang Jeddah ada dua terminal iaitu Terminal Utara untuk penerbangan antarabangsa dan Terminal Selatan hanya untuk penerbangan Saudia. Penerbangan MAS selalunya akan menggunakan Terminal Utara.

“Di antara dua terminal itu memang ada banyak jalan yang menghubungkan dua terminal,” ujarnya.

Menurut pegawai undang-undang tersebut, oleh kerana lapangan terbang Jeddah tidak mempunyai jambatan udara, penumpang yang hendak ke pesawat perlu menaiki bas.

Selain daripada perkhidmatan bas, lapangan terbang Jeddah turut menawarkan perkhidmatan 'VIP Reception' iaitu kenderaan mewah yang akan pergi terus ke pesawat untuk menghantar atau menunggu ketibaan penumpang.

“Apabila saya tengok video viral itu, saya memang boleh cam bahawa itu memang di dalam kawasan lapangan terbang dan kenderaan (sumber rakaman video) itu adalah kereta VIP Reception,” jelasnya.

Berkenaan ribut pasir yang kini melanda Jeddah, Yunos berkongsi pengalamannya dengan mengatakan itu fenomena biasa terutamanya apabila berlaku perubahan musim antara panas ke sejuk.

Jelasnya, ribut pasir di Jeddah yang secara geografi terletak berdekatan garis pantai lazimnya tidak seteruk di Riyadh yang kedudukannya berada di tengah-tengah padang pasir.

“Sekarang ini adalah bulan September hendak memasuki Oktober, memang selalunya akan berlaku ribut pasir dalam waktu ini.

“Memang selalu ada ribut pasir, cuma yang membezakan adalah tahap intensitinya,” jelas Yunos yang bagaimanapun mengakui ribut pasir yang melanda Jeddah dan Mekah kali ini agak teruk.
Katanya, apabila ribut pasir berlaku, penduduk tempatan akan mengambil tindakan untuk berada di dalam bangunan dan jadual penerbangan di lapangan terbang akan tergendala sementara.

Terdahulu, Malaysia Airlines Berhad pada Sabtu menjelaskan video yang 'viral'mengenai sebuah pesawat MAS di dalam ribut pasir belum dapat disahkan.

Pengurus Kanan Komunikasi Korporat MAB Khairunisak Dzun Nurin dalam jawapan menerusi applikasi WhatsApp kepada Astro Awani berkata, kesemua pesawat MAB selamat mendarat di Jeddah.

Posted on 3:07 PG by sidiazzehairulazhar

No comments

Jumaat, 11 September 2015


Tragedi Makkah: Kerajaan akan beri bantuan segera kepada jemaah yang cedera - Najib
Kerajaan akan memberikan bantuan secepat mungkin kepada jemaah Malaysia yang mengalami kecederaan dalam kejadian kren tumbang di kawasan Masjidil Haram. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan bantuan secepat mungkin kepada jemaah Malaysia yang mengalami kecederaan dalam kejadian kren tumbang di kawasan Masjidilharam, Makkah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya difahamkan setakat ini 65 orang terkorban di Mekah. Al-Fatihah. Ada beberapa jemaah Malaysia cedera, bantuan akan diberi secepat mungkin," katanya dalam Twitternya pada pagi Sabtu.





Kejadian dipercayai berlaku semasa hujan lebat kira-kira 5 petang, waktu tempatan, ketika umat Islam selesai menunaikan solat Asar.

Wartawan Bernama yang membuat liputan haji menerusi program Tabung Haji(TH) berkata kejadian hujan lebat itu dipercayai kali keempat berlaku dalam tempoh sebulan.
Menurut pihak berkuasa Arab Saudi, angka korban terbaru insiden itu meningkat kepada sekurang-kurangnya 87 manakala 184 yang lain cedera.

Posted on 6:47 PTG by sidiazzehairulazhar

No comments


[STORIFY] Tragedi kren runtuh di Masjidilharam, Makkah
Teruskan bersama kami untuk mendapatkan perkembangan terkini tragedi tersebut dan jemaah haji Malaysia yang berada di sana.
Tragedi kren runtuh yang mengorbankan sekurang-kurangnya 107 jemaah berlaku di Masjidilharam, Makkah petang Jumaat.

Teruskan bersama kami untuk mendapatkan perkembangan terkini tragedi tersebut dan jemaah haji Malaysia yang berada di sana.

Sementara itu, satu sidang media khas susulan tragedi tersebut akan diadakan oleh YB Dato' Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi TH pada pukul 10.30 pagi ini di Kelana Jaya.

Posted on 6:45 PTG by sidiazzehairulazhar

No comments

Khamis, 10 September 2015


Malaysia tuan rumah pusat haiwan dan Zoonosis ASEAN
ACCAHZ akan menyelaraskan usaha mengawal, mencegah dan membasmi penyakit haiwan dan zoonosis rentas sempadan yang melibatkan negara anggota ASEAN. - Gambar Fail
MANILA: Pusat Penyelarasan bagi Kesihatan Haiwan dan Zoonosis ASEAN (ACCAHZ) akan ditubuhkan, dengan Malaysia dipilih sebagai tuan rumah pertamanya.

Perkara ini dipersetujui pada Mesyuarat Menteri-menteri Pertanian dan Perhutanan ASEAN (AMAF) di sini pada Khamis.

ACCAHZ akan menyelaraskan usaha mengawal, mencegah dan membasmi penyakit haiwan dan zoonosis rentas sempadan yang melibatkan negara anggota ASEAN, rakan dialognya dan pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa Bersatu, Pertubuhan bagi Kesihatan Haiwan (OIE) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat itu, ketika mengucapkan terima kasih kepada negara anggota ASEAN kerana memilih Malaysia menjadi tuan rumah ACCAHZ berkata, "Malaysia berbesar hati kerana diberi kepercayaan untuk mengetuai satu lagi inisiatif serantau penting bagi mengukuhkan lagi kerjasama
dalam bidang veterinar dan kesihatan awam dalam kalangan negara Asia Tenggara.

"Di samping itu, ia juga mencerminkan kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN ke arah mencapai Komuniti ASEAN 2015," katanya.

Ahmad Shabery berkata krisis penyakit haiwan seperti selesema burung, memberi kefahaman lebih jelas kepada masyarakat antarabangsa tentang manfaat mengamalkan dasar dan program kesihatan haiwan sewajarnya bagi menjaga kesihatan orang ramai dan menjamin keselamatan makanan.

“Rekod kejayaan kami dalam menangani penyakit haiwan dan zoonotik seperti Virus Nipah Encephalitis, selesema burung dan penyakit anjing gila, memberi keyakinan kepada negara anggota ASEAN tentang kemampuan kami untuk mengurus pusat berkenaan," katanya.

Mesyuarat AMAF ke-37 selama dua hari yang bermula Khamis, melibatkan kementerian berkenaan dari kesemua 10 negara anggota ASEAN serta rakan dialognya seperti China, Jepun, Korea Selatan dan India.

Sementara itu, pemangku ketua pengarah Jabatan Veterinar Malaysia Dr Kamarudin Md Isa berkata ACCAHZ juga akan memberi manfaat kepada sektor pertanian dan kesihatan Malaysia melalui perkongsian mekanisme pengurusan maklumat tentang kesihatan ternakan dan zoonosis, yang akan diwujudkan kelak.

"Di samping itu, ia akan menjadi pemangkin bagi pembinaan keupayaan dalam bidang perkhidmatan veterinar, terutama dalam mengurus penyakit baru muncul," katanya.
Dr Kamarudin berkata jabatan itu sedang menaik taraf bangunannya di Salak Tinggi, Selangor, yang akan menempatkan pejabat ACCAHZ.

"Lokasinya sungguh strategik kerana hanya 30 minit perjalanan dengan kereta dari pusat pentadbiran Malaysia, Putrajaya, dan 15 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL.

"Ini menghubungkannya dengan semua ibu negara anggota ASEAN dan seluruh dunia," kata beliau.

Posted on 11:15 PTG by sidiazzehairulazhar

No comments


Telefon, tablet dan TV baharu Apple gagal menarik perhatian pelabur
Netizen dan pelabur tertarik kepada Apple TV baharu, namun iPad Pro dan iPhone 6s dan 6s Plus gagal menarik perhatian mereka.
SAN FRANCISCO: Apple Inc melancarkan Apple TV baharu yang boleh dikawal menggunakan suara, dan iPhone yang menyokong elemen sentuhan 3 Dimensi, namun semua ini tidak dapat menarik perhatian netizen dan pelabur.

Model 6S dan 6S Plus dari iPhone mempunyai saiz yang sama dengan model sebelum ini, namun mempunyai kamera yang lebih bagus, cip lebih pantas dan sentuhan ‘3D Touch’.

Bercakap di hadapan ribuan penganalisis, wartawan dan pekerja Apple, Ketua Eksekutif  Apple,Tim Cook turut memperkenalkan produk iPad baharu, iaitu iPad Pro.

Saham Apple jatuh 1.9 peratus kepada $110.15, sekali gus mencerminkan produk-produk yang transformatif yang boleh melonjakkan jualan syarikat itu menjelang musim cuti nanti.

Menurut BTIG Research Data, saham Apple jatuh 0.4 peratus ketika pengumuman model iPhone baharu setiap tahun sejak tiga tahun lepas.

“Orang suka membenci pengumuman Apple kerana harapan begitu tinggi namum mereka tidak mampu untuk capai tahap itu,” kata pengurus portfolio Firsthand Technology Opportunities.

Di Twitter, pengguna kagum dengan Apple TV dimana ia akan mempunyai Apple Store miliknya sendiri dan juga ciri Siri.

Tidak ramai yang sukai iPad Pro, dimana ramai berkata ia terlalu besar dan hampir sama dengan tablet Surface milik Microsoft.
iPhone terbaharu juga hampir sama dengan model keluaran setahun lalu.

“Ciri 3D Touch sahaja tidak cukup untuk menaik taraf kepada iPhone baharu,” kata netizen, Ikechukwu Nwanze.

Posted on 11:03 PTG by sidiazzehairulazhar

No comments


Jerebu: MAHB nasihat penumpang semak jadual penerbangan
MAHB berkata bahawa keadaan jerebu di Kuching adalah buruk dan jarak penglihatan ialah 2,000m pada jam 4 petang Khamis. - Foto Bernama
KUCHING: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menasihatkan penumpang supaya menyemak jadual penerbangan mereka dengan syarikat penerbangan masing-masing kerana keadaan jerebu di Kuching.

Menerusi catatan terbaru dalam laman rasmi Facebook, MAHB berkata bahawa keadaan jerebu di Kuching adalah buruk dan jarak penglihatan ialah 2,000m pada jam 4 petang Khamis.

"Setakat ini, lima lencongan ketibaan penerbangan dan sembilan kelewatan penerbangan dilaporkan," katanya.

Sehingga 5 petang Khamis, menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sarikei ialah 104 berbanding 99 pada 1 tengah hari.
Tiga lagi kawasan di Sarawak yang masih mencatatkan IPU tidak sihat ialah Samarahan (167), Sri Aman (154) dan Kuching (146).

Posted on 10:59 PTG by sidiazzehairulazhar

No comments


Jerebu di Singapura semakin buruk
Kota Singapura diselubungi jerebu pada Khamis, 10 September 2015. - Foto AFP/Roslan Rahman
SINGAPURA: Jerebu di Singapura mencapai paras tidak sihat pada Khamis, dengan bacaan indeks standard pencemaran (PSI) tiga jam ialah 137 pada 1 tengah hari, paras tertinggi pada tahun ini setakat ini, kata Agensi Alam Sekitar Kebangsaan.

Jerebu yang berlaku berpunca daripada asap dari Sumatera, Indonesia, yang ditiup ke republik ini oleh angin selatan barat daya.

PSI 24 jam ialah antara 101 dan 111. Bacaan PSI 24 jam melebihi 100 menunjukkan kualiti udara tidak sihat.

NEA berkata angin yang bertiup ketika ini diramal datang dari arah selatan atau barat daya dan mungkin terus menyebabkan keadaan berjerebu.

Posted on 10:39 PTG by sidiazzehairulazhar

No comments



Menjelang pengumuman peranti terbaru oleh Apple pada malam ini. Pakar peranti menjangkakan Apple akan melancarkan telefon pintar terbaru, iPhone 6S dan iPhone 6S Plus. 2 iPhone ini bakal dibekalkan kemaskini menarik seperti '3D Force Touch'.

Posted on 12:21 PG by sidiazzehairulazhar

No comments


Apple melancarkan 2 edisi iPhone terbarunya sejajar dengan sasaran syarikat memperkenalkan telefon bimbit berskrin lebih besar mulai penghujung tahun lalu. Pengenalan iPhone 6s dan 6s Plus itu ialah bagi meneruskan dimensi keseluruhan yang sama dengan versi sebelum ini.

Posted on 12:18 PG by sidiazzehairulazhar

No comments


Apple phone, tablet and TV fail to impress investors
The new phones come a year after Apple rolled out iPhones with larger screens, touching off a frenzy of sales that saw revenue in the most recent quarter increase 32.5 percent from the same quarter a year ago.
SAN FRANCISCO: Apple Inc unveiled a new TV set top box that responds to voice commands and fresh iPhones that sense the pressure of a finger tap, changes which underwhelmed many social media commenters and investors.

The new 6S and 6S Plus versions of the iPhone, Apple's biggest money maker, are the same size as the previous versions but come with a better camera, faster chips, new colours and the force-sensitive "3D Touch".

Speaking before thousands of analysts, journalists and frequently cheering Apple employees, Chief Executive Tim Cook also brought on stage an executive from onetime archrival Microsoft Corp to illustrate the business-friendly credentials of a big new iPad, the Pro.

Apple shares fell 1.9 percent to $110.15 by the close, replicating the recent history of such rollouts but also reflecting the lack of any transformative products that could jumpstart the company's sales ahead of the crucial holiday season.

Apple shares have lost an average of 0.4 percent on the day of iPhone announcements over the past three years, according to BTIG Research data.

"People love to hate Apple announcements because the expectations are so high and they can never clear that bar," said Kevin Landis, portfolio manager of the $111 million Firsthand Technology Opportunities fund, which has Apple as its second-largest position.

Twitter users seemed most impressed by the revamped Apple TV. The product, which the company long called a 'hobby' gets its own app store and will work with Siri, Apple's digital assistant.

Fewer celebrated the iPad, which some saw as too big and similar to Microsoft's Surface tablet, and new iPhones, which are outwardly identical to the enlarged smartphones which made their debut about a year ago.

“3D Touch not good enough reason to upgrade so far,” Ikechukwu Nwanze wrote of the new phones, which start at $199 with a two-year contract.

Apple TV demonstrations showed tricks to make viewing easier: digital assistant Siri, which is behind the voice control, can rewind a video for 15 seconds and turn on subtitles, when a viewer asks something like "What did she say"?

"We've been working really hard, and really long," on TV, Cook said, emphasizing the word 'long' in a nod to the time it has taken the company to produce an ambitious TV product.

The new set-top box will include an app store and let developers create new software for Apple TV, including video games.

“I’m all about this new #AppleTV. Shut up and take my money,” wrote Twitter user Ethan Anderton. Others joked that they would have to buy a TV for the first time to use the Siri remote and app store.

Absent from the new TV interface was any agreement for new content despite Apple's efforts to negotiate deals with a wider array of TV networks to provide live or on-demand content.

A STYLUS?

Many of Apple's new features are based on technology that has been around for some time, but never caught on. Apple has a long history of creating successes where others could not.

Years ago a Blackberry featured force-sensing touch. The new iPad has an optional $99 stylus, called the "Pencil", which amused many on social media: in 2007 Apple then-CEO Steve Jobs told a tech conference, "Yech, nobody wants a stylus."

Apple is coming from behind in the streaming media market. Nearly 20 percent of U.S. broadband households already own at least one media player that streams content from the Internet, according to research firm Parks Associates.

Roku accounts for more than a third of all streaming devices sold in the United States in 2014, followed by Google Inc's Chromecast and Amazon.com Inc's Fire TV, Parks said. The Apple TV box came in fourth.

Landis said that while he liked the updated TV product “the numbers are so small that they won’t move the needle because the iPhone is such a big business now.”

FACEBOOK MESSENGER COMING TO THE WATCH

Cook began the morning by talking up the Apple Watch, saying customer satisfaction for the recently launched product was 97 percent and that a new version of its operating system would be ready by mid-September. Apple is working with French luxury goods maker Hermes on a new watch collection, and Facebook Messenger is coming to the device, he added.
He then rolled out the "iPad Pro" with a 12.9 inch screen and said it had performance similar to a desktop computer. Apple showed off a "smart" keyboard as well as the "Pencil".

Dave Meier, who works on several portfolios at Motley Fool Funds, said that the addition of a stylus and keyboard to the iPad Pro, which starts at $799, could lead to a “refresh cycle” that would lift incremental sales.

He was “impressed with the gumption” to bring Microsoft executives to demonstrate Office products on the new iPad, he said. “This says that the Surface might be dead and Microsoft understands that they are very good at productivity but not at hardware,” he said.

The new phones come a year after Apple rolled out iPhones with larger screens, touching off a frenzy of sales that saw revenue in the most recent quarter increase 32.5 percent from the same quarter a year ago.

"It's getting harder and harder for Apple to compete against itself," said analyst Bob O'Donnell of TECHnalysis Research. Apple shares are up about 12 percent over the last year, although they are down about 14 percent in the last three months.

Fortunately for Apple, most consumers buy smartphones under a two-year upgrade cycle, meaning the company will still likely scoop up a lot of sales, said analyst Patrick Moorhead of Moor Insights & Strategy.

"The key point of reference is not how the new phone compares to the iPhone 6, it's how it compares to the iPhone 5s," he said.

Posted on 12:14 PG by sidiazzehairulazhar

No comments

Selasa, 8 September 2015

Kelayakan Piala Dunia: Penyokong baling suar ke padang, perlawanan dihentikan
Ketika dihentikan berikutan insiden membaling suar, Malaysia ketinggalan 1-2 kepada pasukan Arab Saudi
SHAH ALAM: Harapan peminat menyaksikan Malaysia menebus maruah selepas tewas 0-10 kepada pasukan Emiriyah Arab Bersatu pada aksi kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019  dicemari insiden yang tidak diingini malam ini.

Ia selepas perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam antara Malaysia dan Arab Saudi dihentikan oleh pengadil perlawanan, Liu Kwok Man dari Hong Kong pada minit ke-88 berikutan tindakan penyokong yang membaling suar ke dalam padang.

Keadaan penyokong di bahagian semakin tidak terkawal selepas tembakan mercun dilepaskan dan hampir mengenai pemain Malaysia yang ketika itu sedang berkumpul berdekatan bangku simpanan.

Pengadil kemudiannya mengarahkan semua pemain masuk ke bilik persalinan.

Jurucakap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kemudian mengumumkan aksi itu dihentikan selama 30 minit, dan keputusan selanjutnya akan diputuskan oleh urusetia perlawanan sama ada meneruskan perlawanan atau sebaliknya.

Ketika insiden itu, Arab Saudi sedang mendahului Malaysia 2-1.

GALERI FOTO: Perlawanan Kelayakan Piala Dunia Malaysia-Arab Saudi tercemar

Piala Dunia
FOTO AFP

Malaysia mendahului pada minit ke-70 hasil jaringan pemain tengah negara Safiq Rahim.

Dua minit kemudian, Taiseer Al-Jassam menyamakan kedudukan sebelum gol kedua Arab Saudi dijaringkan oleh Mohammed Al-Sahlawi pada minit ke-76.

Keputusan malam ini kekal sehingga Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perlawanan berkenaan.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang turut berada di Stadium Shah Alam menzahirkan pandangannya terhadap insiden tersebut melalui akaun Twitter rasminya.

Menurutnya, perbuatan membaling suar adalah salah namun pada masa yang sama menunjukkan pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) gagal menyediakan kawalan aspek keselamatan di stadium.

Piala Dunia
FOTO AFP

Posted on 4:02 PTG by sidiazzehairulazhar

No comments

KUALA LUMPUR: Laman Tadom Hill Resort dilaporkan terganggu akibat
 trafik tinggi berikutan pengumuman pembukaan satu acara yang bakal 
berlangsung pada 19 September depan di resort tersebut yang terletak di Banting, Selangor.

Pemilik Resort dengan dukacitanya mengumumkan 
bahawa laman Tadom Hill Resort akan mengalami 
gangguan selama 48 jam berikutan jumlah trafik yang tinggi.

Perkara ini telah diumumkan melalui laman Facebook rasmi mereka.

Posted on 5:24 PG by sidiazzehairulazhar

No comments

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad sedia dikenakan tindakang undang-undang atas kelantangan beliau mengkritik pemimpin negara. Menurutnya, itu adalah risiko yang beliau sedia maklum dan hanya berserah sekiranya dikenakan tindakan termasuk dipenjarakan.

Posted on 5:17 PG by sidiazzehairulazhar

No comments


Kebakaran hutan di Indonesia kerana musim kemarau teruk telah mengakibatkan jerebu di negara-negara jiran seperti Malaysia dan Singapura. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan Indonesia pada Selasa, memohon maaf atas masalah jerebu yang berpunca daripada negara itu.

Permohonan maaf berkenaan disampaikan ahli parlimennya, Hamdhani Mukhdar Said bagi pihak Kerajaan Indonesia atas kesulitan yang melanda negara-negara jiran, termasuk Malaysia dan Singapura.

Hamdhani yang bertanggungjawab ke atas Hubungan Antarabangsa dan Alam Sekitar, berkata kebakaran yang berlaku khususnya di Sumatera dan Kalimantan adalah berikutan musim kemarau serta tidak disengajakan.

"Kebakaran ini tidak disengajakan tetapi memang terjadi berikutan musim kemarau tinggi di Kalimantan dan daerah-daerah lain di Indonesia.

"Tetapi ini perkara yang terjadi di negara kami, setiap musim panas berlaku kebakaran hutan. Jadi kami mohon maaf kepada pemerintah Malaysia dan Singapura kerana mengakibatkan asap jerebu," katanya kepada pemberita pada Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA), di ibu negara.

Tambahnya, Kerajaan Pusat Indonesia sedang mengambil segala langkah perlu bagi mengawal kebakaran hutan dan tanah gambut di negara berkenaan.

Pada Ahad lalu, Presiden Indonesia Joko Widodo telah membuat lawatan mengejut ke Sumatera Selatanuntuk melihat dengan lebih dekat kawasan kebakaran hutan yang telah mengakibatkan jerebu teruk hingga menjejaskan kualiti udara negara-negara jiran.
Di Malaysia, keadaan jerebu mencatatkan beberapa gangguan kepada keselesaan kehidupan harian rakyatnya. Antara yang kini mendapat perhatian adalah mengenai indeks pencemaran udara yang sudah mencatat paras tidak sihat di beberapa kawasan selain menjejaskan kesihatan dan tumpuan calon-calon pelajar yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Posted on 5:11 PG by sidiazzehairulazhar

No comments