Ahad, 29 November 2015

Pelawak Yus Jambu Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung 

5 jam lalu
Dilihat : 88033
Pelawak Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo, 39, telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi kira-kira jam 12.15 tengah malam di Hospital Selayang akibat serangan jantung.
Perkara tersebut disahkan sendiri oleh rakan karibnya juga salah seorang ahli kumpulan Jambu, Tauke menerusi laman Instagram miliknya.
“Salam semua kawan2 dan sahabat2 jambu saudaraku yussry bin edoo @pakyuih @yus_jambu76 telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi di hospital selayang akibat sesak nafas minta kawan2 sedekahkan AL-fatihah kepada arwah,” dipetik menerusi kapsyen foto yang dimuat naik Tauke.
Astro Gempak difahamkan Yus atau panggilan mesranya Pak Yus, dilaporkan mengalami sesak nafas di dalam kereta ketika perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menjayakan program ‘Raja Band’ di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Anak seni kelahiran Kangar, Perlis ini memulakan kerjaya seni dengan menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 2001 sebelum mula menempah nama dalam bidang komedi tanah air apabila diumumkan juara program Raja Lawak musim pertama pada tahun 2007.
Teks Oleh: Khalid Rahman
Sumber: Instagram Tauke Jambu

Posted on 3:28 PTG by sidiazzehairulazhar

No comments

Isnin, 23 November 2015

Produk Hilangkan Parut, Parut Jerawat dan Strech Mark

Terdapat banyak produk2 hilangkan parut di pasaran, antara yang popular adalah Bio-Oil, Dermatix, Mederma, Organic Aid Vitamin E dan sebagainya. Namun begitu, tak semua produk-produk ini sesuai untuk semua pelbagai jenis parut seperti parut jerawat, parut akibat luka, parut surgical dan juga strech mark.

Sebelum membuat pembelian, pastikan produk yang anda ingin beli itu sesuai dengan jenis parut yang anda ingin rawat.

☑ Terbukti berkesan
◯ It's not very effective

Bio-Oil (NP RM32.90)

1. Bio-Oil

☑ Parut akibat luka
☑ Strech Mark
◯ Parut Jerawat

Posted on 1:23 PG by sidiazzehairulazhar

No comments