Apple melancarkan 2 edisi iPhone terbarunya sejajar dengan sasaran syarikat memperkenalkan telefon bimbit berskrin lebih besar mulai penghujung tahun lalu. Pengenalan iPhone 6s dan 6s Plus itu ialah bagi meneruskan dimensi keseluruhan yang sama dengan versi sebelum ini.