Jerebu: Sekolah di KL, Selangor, Putrajaya, N.Sembilan, Melaka diarah tutup Selasa
Arahan tersebut berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi bacaan 200. - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid mengarahkan semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka ditutup pada Selasa ekoran bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan bacaan melebihi 200.

Penutupan sekolah di beberapa negeri itu disahkan Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan di dalam tweet terbaharunya lewat Isnin malam.

Buat masa ini, bacaan terbaru IPU boleh didapati di laman web http://apims.doe.gov.my/